Peperangan pertama Di Dunia ini?


 Sedangkan dua orang yang duduk bersama sahaja boleh bergaduh, apatah lagi sekelompok, sekaum atau pun satu negara yang bergaduh dengan negara lain. Jadi Perperangan sudah menjadi asam garam di dalam sejarah dunia.

 Kita biasa mendengar peperangan-peperanagan zaman kuno seperti kempen peperangan panglima-panglima hebat seperti Alexandar The Great dan Nebukadnezzar, tetapi pernah atau tidak kita menyoal diri kita sendiri, bilakah peperangan pertama terjadi di dunia?

Sebuah penemuan oleh para penyelidik pada tahun 2009 telah menjumpai pelbagai alat dan perkakas disekitar Tasik turkua, Kenya yang sudah mengering. Pada tahun 2012 telah dijumpai tulang belulang manusia dan akhirnya ada tahun 2013 telah ditemui 27 tulang rangka manusia termasuk 12 tulang manusia yang masih baik termendap di dalam tanah lembab.
Gambar menunjukkan tengkorak ini adalah kepunyaan mangsa peperangan pertama di dunia 
 Penyelidik boleh mengetahui cara kematian mangsa  melalui penyelidikan ke atas tengkorak-tengkorak ini. dengan menggunakan teknologi Antropologis Forensik moden, penyelidik dapat menyimpulkan yang mangsa ini adalah mangsa perang dari 10 000 tahun yang lepas.

 Ini dibuktikan dengan kesan kesan kecederaan pada tegkorak-tengkorak mangsa seperti kesan hentaman objek keras pada kepada mangsa dan juga kesan-kesan lain seperti kesan tombak, anak panah, batu dan ada juga yang ditemui tengkoraknya dalam keadaan terikat.

 Bukan sahaja tengorak lelaki, malah tengkorak perempuan juga ada ditemui dalam keadaan yang sadis. Digambarkan oleh penyelidik wanita ini di tombak dan dipanah d bahagian kepala dan lututnya hancur dibantai benda keras.




 Mangsa diikat dalam keadaan terbalik dan disahkan bahawa dia sedang mengandung. Terdapat juga kesan panahan dan tombak dikepalanya, tangan patah dan tulang lutut hancur dihentak benda keras.

 Penemuan ini turut mengubah dekripsi sejarah dunia apabila perang paling pertama  yang dicatatkan dalam sejarah adalah sekitar 6000 Bc-8000 Bc. Yang mengambarkan konflik besar-besaran tamadun manusia yang masih primitif.

Masyarakat Turkua umumnya memburu dan bertani untuk keberlansungan hidup, dan berkelompok dlama 25-30 orang. Disebabkan itu, mereka bersikap sangat difensif di dalam mempertahankan wilayah mereka.

 daripada kesan luka anak panah di tengkorak tengkorak tersebut, memungkinkan bahawa musuh bukanlah dari kelompok mereka kerana kelompok mereka tidak menggunakan anah panah sebagai senjata mereka.

 Alasan yang paling logik untuk diterima mungkin kelompok ini berperang untuk mempertahankan wilayah mereka yang menjadi sumber utama mereka untuk hidup dari di jajah oleh kelompok lain.. 

Comments

  1. "izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)"

    ReplyDelete

Post a Comment