Asal usul Vampire



 Asal usul Vampire
 Apabila kita sebut saje pasal Vampire mesti kite akan teringat kepada susuk tubuh seorang rupawan dengan rambut disikat kemas ke belakang dan mempunyai gigi taring yang panjang. Sering kita kenal sebagai Dracula atau Count Dracula.


      Siapa sebenarnya mereka yang digelar sebagai Vampire dan dari mana asal usul Vampire ini. Sesetengah orang menganggap mereka ialah entiti yang sama. Tetapi pada hakikatnya Dracula itu ialah seorang tokoh fiksyen dari KAUM Vampire yang menjadi watak fiksyen bagi novel-novel orang Eropah pada zaman 90 an menjadikan Dracula ini sebagai ikon utama bagi Vampire.


   
               
       Saya taknak mengulas panjang tentang siapakah identiti Dracula ini yang sebenarnya. Jadi saya ringkaskan seringkas mungkin sehingga anda tidak perlu menekan butang 'balik' kerana terlalu bosan. Okay, Dracula ni ialah seorang Pembesar empayar Rom yang sangat kejam dan sadis. Dikatakan baginda hidup sezaman dengan Sultan Muhammad Al Fateh dan merupakah salah satu musuh utama baginda sultan sepanjang kariernya sebagai khalifah Uthmaniyah.

                                          Vlad The Impaler Sang Penyula Tentera Islam!


     Dikatakan nama sebenarnya ialah Vlad The Impaler. Dia mendapat gelaran Dracula dari ayahnya Vlad Dracul. Nak dikatakan betapa sadisnya Dracula ini ialah, baginda terkenal dengan cara hukuman yang paling sadis yang pernah dilihat dalam sejarah dunia. Sula! Iya sula. Dengan menggunakan kayu sebesar lengan lelaki dewasa, mereka akan ditusuk masuk melalui lubang dubur mangsa, terus menembusi perut sehingga tembus ke bahagian tekak dan berkahir dengan keluar dari mulut mangsa. Dan mangsanya kebanyakannya ialah umat islam yang ditawan dalam perang salib!

    okay tutup pasal sejarah kejam tu, nanti korang tertidur pulak.Kalau nak baca lebih lanjut dekat sini.

       Kita sambung balik pasal asal usul vampire, dikatakan sebagai makhluk yang memakan manusia, menghisap darah seperti kelawar, berdarah ungu, berkulit pucat dan tidak boleh terkena cahaya matahari.

    Sebenarnya macammana boleh wujud kisah Vampire ini? Adakah mereka benar-benar wujud atau sekadar cerita penglipur lara orang barat dulu-dulu? Jawapannya ialah mereka wujud!

     Tetapi macam biasa, cerita berkenaan mereka ini ditokok tambah dari generasi ke generasi, dari mulut-ke mulut tanpa bukti yang sahih. Siapakah golongan yang dijadikan sebagai Vampire ini?
Mereka ialah golongan penghidap Porphyria.

      Apa itu Porphyria? Porphyria ialah penyakit Genetik yang mana penghidap kekurangan enzim yang membentuk Heme. Heme ini pula yang berfungsi sebagai komponen di dalam Hemoglobin yang mengangkut oksigen di dalam darah. Maka bayangkan jelah kalau darah tak cukup, mesti akan mengakibatkan kulit penghidap tadi pucat lesi. Disebabkan itu jugalah diorang tak boleh kene cahaya matahari kerana kulit mereka menjadi sensitif. (Menepati dua ciri-ciri Vampir).

                                          Penghidap Porphyria sensitif terhadap cahaya!

    Selain itu, Disebabkan kualiti darah mereka tak bagus kerana kecacatan dalam kitaran oksigen, mereka perlu menerima darah dari penderma lain. Disebabkan ianya penyakit genetik, jadi penyakit Porphyria ini sebenarnya penyakit keturunan. 

    Porphyria ini berasal dari perkataan Yunani, Porphura yang bermaksud ungu. Warna ini ditujukan pada perubahan warna sesetengah cecair badan yang menjadi warne purple salah satunya air kencing mereka.

   Jadi sudah terjawab siapakah sebenarnya golongan Vampire yang dibudayakan hampir di seluruh pelusuk dunia. Penyakit keturunan yang tidak diketahui secara jelas dan saintifik membuatkan penduduk-penduduk menganggapnya sebagai penyakit ghaib. Untuk dijadikan penambah cerita, pelbagai-bagai kuasa dan ciri-ciri lain ditokok tambah seperti halnya mitos Naga.

    Untuk mengaitkan lagi Vampire dengan tokoh  Dracula atau Vlad The Impaler, ada yang mengatakan keturunan Vlad menghidap Porphyria dan ada juga yang mendakwa semata-mata kerana Vlad ini kehausan darah!

 Jadi itulah penjelasan ringkas tentang asal usul Vampire. Terima kasih kerana sudi membaca Asal usul Vampire.



Comments

Post a Comment