Manusia Gergasi: Hidup Zaman Nabi Nuh?


 Manusia Gergasi betul-betul wujud? Seringkali kita mendengar beberapa teori seperti manusia zaman dahulu itu besar-besar belaka. Ada yang cakap Nabi Adam ketinggiannya boleh mencapai langit dan bermacam-macam lagi. Adakah ianya benar atau tidak?

 Pada beberapa tahun yang lalu, tersebar beberapa gambar manusia raksasa yang telah ditemui di Timur Tengah dan juga India. Dan kemudian heboh orang mengatakan bahawa itu ialah fosil Nabi Nuh. tapi betulkah ianya fosil nabi Nuh?

 Ternyata ianya Hoax. ianya hanya sekadar gambar yang diambil berkenaan beberapa ahli Arkeologi yang sedang melakukan penggalian mencari tulang Jogaria Tiguidensis, sejenis spesis baru dinosaur yang dijumpai di Gurun Sahara oleh para penyelidik dari University Of Chicago.

 Dari foto-foto tersebut, pihak-pihak tidak bertanggungjawab telah mengada-adakan cerita mengatakan bahawa ianya adalah fosil Nabi Nuh dan ada yang mengaitkannya dengan kaum Aad.. Dari sini berkembangnya cerita mengenai penemuan fosil nabi Nuh.

 Jadi sudah jelas yang ianya Hoax semata-mata. tetapi jelas sekali ia merupakan satu topik yang menarik untuk dibahas. Apakah benar manusia itu dahulukalanya berbadan gergasi setinggi 3-10 meter? Sedangkan manusia zaman sekarang pada umumnya hanya memiliki ketinggian dari 150cm-200 cm.

  Cerita-cerita menarik tentang manusia gergasi ada dicatatkan di dalam beberapa kitab klasik seperti kitab agama Hindu, vedas dan Bible. Contohnya seperti di dalam kitab epik Ramayan, dikatakan seorang pemerintah gergasi bernama Lanka menentang peraturan-peraturan dewa. Manusia gergasi juga terdapat kisahnya di dalam Epik Mahabharata.



 Di dalam bible juga, ada mencatatkan kisah gergasi didalam kitab Genesis dan Numbers.

"Pada Waktu itu orang Raksasa ada dibumi, dan ada juga pada waktu sesudahnya, ketika anak-anak tuhan menghampiri anak-anak perempuan manusia, dan perempuan-perempuan itu melahirkan anak untuk mereka. inilah orang kenamaan pada zaman purbakala, orang kenamaan.
(Genesis 6:4)

Mereka turut menyampaikan kepada orang Israel mengenai khabar buruk perihal negeri yang mereka risik, dengan berkata, " negeri yang sudah kami lalui untuk dirisik ialah sebuah negeri yang memakan penduduknya. Semua yang kami lihat di sana ialalah orang tinggi-tinggi susuk tubuhnya. kami juga melihat disana orang raksasa, dan kami lihat diri kami seperti belalang, dan demikian juga pandangannya kepada kami."
 (Numbers 13:32-33)
  Pengganut Yahudi dan kristian menggelar orang gergasi sebagai 'Nephelim" atau nephelim (Kata jamak dari Nephel yang bermaksud 'Anak-anak Tuhan'  bersama 'anak-anak perempuan manusia'  (Genesis 6:4), ataupun raksasa-raksasa yang mendiami tanah kanaan kerana yahudi dahulu mahu menakluk Palestin yang diduduki oleh orang kanaan.(Number 13:32-33)

 Dalam kitab diceritakan mereka hidup sezaman dengan nabi Nuh. tetapi kerana derhaka, mereka turut ditimpa bencana air bah pada zaman Nabi Nuh yang terkenal itu.

 Walaupun masih bercanggahan, namun hasil penemuan fosil manusia tertua yang sudah didokumentasikan adalah fosil manusia Orrorin Tugnensis. Orrorin bermaksud orang asli. namun Orrorin ternyata mempunyai dimensi yang tidak jauh dari manusia moden dan mereka memiliki berat sekitar 30-50 KG.

 Antara Fosil manusia gergasi yang ditemui dan didokumentasikan dengan baik ialah fosil manusia gergasi Castelnau. Dijumpai ahli Antropologi Georges vacher De lapouge di Castelnau-Le-Lez, Perancis pada tahun 1890. fosil ini dianggarkan mempunyai ketinggian sekitar 3.5 m dan hidup pada zaman neolitik. Selain itu dijumpai juga fosil manusia raksasa Montpellier di Montpellier, di Perancis dengan ketinggian 3-5M.
Giant of MontPellier



 Jadi,  semua penemuan-penemuan ini menunjukkan ketinggian manusia gergasi hanya sekita 3-5 Meter, ia merupakan ketinggian yang dianggap lazim walaupun jarang berlaku dan boleh diabndingkan dengan Manusia biasa seperti Feodor Machnow (1878-1912) dari Rusia yang berkentinggian 2.85 dan Sultan Kosen yang masih hidup (1982) dari Turki yangtingginya 2.51M.
Sultan Kosen Turki

Foeder Machnow Rusia

Comments

  1. "izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)"

    ReplyDelete

Post a Comment