10 seni pertahankan diri terkuat di dunia


10 SENI MEMPERTAHANKAN DIRI YANG PALING BERBAHAYA!




     Mencari seni pertahankan diri yang terbaik dan terkuat tetapi tidak tahu atau kurang tahu atau kurang pasti nak pilih yang mana? Saya senaraikan kepada anda 10 seni mempertahankan diri yang terkuat/mematikan menurut pendapat saya. Perlu diingatkan bahawa senarai ini dinilai dan diatur mengikut:

  1. Peratus kemenangan 
  2. Pertarungan tangan kosong
  3. Teknik yang memautkan tetapi pantas
 Dan sudah pasti mungkin ada di kalangan anda yang mungkin kurang bersetuju dengan senarai ini. Seperti yang saya cakap, ianya hanya pada pandangan saya, jika anda ingin menyuarakan pandangan anda, anda dialu-alukan  di ruang komen.

10. Jeet-Kunei-Do


 Seni mempertahankan diri yang diasaskan oleh bintang lagenda, Bruce Lee. Lee mengambil dan mengolah teknik-tekniknya daripada seni Wing Chun, Boxing dan Fencing(seni pedang Rapier). Keiistimewaan teknik ini ialah tidak mempunyai pattern atau corak pergerakan tertentu. Dan falsafah seni ini ialah " Menyerang bila musuh menyerang" bermaksud hanya menggunakan teknik yang sesuai dengan pergerakan lawan. Bermaksud ia bergantung kepada kekuatan fizikal dan ketangkasan mental. Ini berkaitan dengan petikan kata-kata yang terkenal dari Bruce Lee:

"Be Like A Water!"

 Ia bermaksud kita hendaklah menjadi seperti air yang sentiasa mengikuti bentuk yang menjadi bekasnya. Lebih jelas lagi, kita hendaklah beradpatasi dengan keadaan sekeliling.
 Ia menduduki tempat ke 10 kerana skemanya yang terlalu tinggi. Percaya atau tidak, hanya ada seorang sahaja yang lulus sebagai anak murid Bruce Lee!


9.KRAV MAGA


 Seni mempertahankan diri yang diasaskan oleh tentera Israel ini ialah salah satu seni mempertahankan diri yang brutal. Kerana ia membenarkan apa sahaja yang patut digunakan untuk menang termasuk menyerang kemaluan atau menusuk mata. Ianya diambil dari teknik-tenik Judo,Aikido, Boxing dan Karate. Digunakan oleh askar Israel dalam perlawanan hand-to-hand Combat.

8. BOXING


 Meskipun terlihat simple dengan hanya menghalakan tumbukan kepada bahagian kepala, namun untuk menjadi seorang 'Boxer' itu yang amat susah. Stamina dan kekuatan fizikal ialah perkara penting di dalam Boxing. Dan untuk mendapatkannya, mereka perlu menjalani latihan yang sangat keras. Untuk pengetahuan anda, seorang peserta yang ingin masuk ke Ring international harus menjalani latihan rutin selama 6 bulan berturut-turut! yang menjadikan pakej Boxer lebih lengkap, badan yang besar dan kuat. Serangan biasa tidak akan berkesan kepada mereka.

7. AIKIDO


 Satu seni mempertahankan diri yang unik datangnya dari jepun. Aikido berbeza dengan seni mempertahankan diri yang lain. Dimana mereka tidak menggunakan kekuatan diri mereka untuk menumpaskan musuh. Falsafah Aikido yang menggunakan Ki dalaman dan Ki semula jadi bermaksud menggunakan kekuatan lawan untuk menumpaskan lawan. Semakin besar kekuatan lawan, maka semakin besar kekuatan yang boleh pengamal Aikido manfaatkan. dan menumpaskan lawan dalam Aikido bermaksud, dengan tanpa mencederakan mereka! 

6. JUDO


 Tidak jauh beza dari Aikido, tetapi Judo lebih banyak menjatuhkan musuh. Judo di adaptasi dari seni mempertahankan diri Sumo, tetapi lebih kompleks. Selain menjatuhkan, Judo juga mementingkan seni menggunakan pedang pendek, mencekik, bergelut dan lain-lain lagi.

5.TAEKWONDO


 Salah satu seni pertahankan diri yang pernah disertai oleh penulis. Seni ini berasal dari Korea Selatan. Walaupun secara umumnya Taekwondo menggunakan tumbukan dan tendangan,, tetapi taekwondo sebenarnya lebih mementingkan penggunaan kaki kerana lebih panjang dan lebih kuat. Ini dibuktikan dengan teknik kaki yang lebih banyak. Dan kalau kita saksikan perlawanan-perlawanan Taekwondo, jelas mereka hanya menggunakan serangan kaki yang pantas dan padu. Sebab ia ditempat ke 5 kerana, kelebihan yang dimiliki Taekwondo yang hanya menggunakan kaki sedikit sebanyak dapat mengelakkan dari dijatuhkan oleh Aikido dan Judo dan serangan agresif Boxing dan Krav maga.

4.KARATE


Salah satu sukan yang terkenal, mementingkan kekuatan ketahanan fizikal dan serangan. Selain dari serangan-serangan yang mendatar, Karate memanfaatkan hampir keseluruhan tubuh badan untuk dijadikan senjata semula jadi manusia. Dari jari, 'Chop' sehinggalah Palm. Berkaitan ketahanan badan pula, Karate amat mementingkan disiplin untuk menguatkan badan seperti membuat kekuda untuk berjam-jam lamanya!

3. Muay Thai


 Seni mempertahankan diri dari Thailand ini hanya betul-betul terkenal selepas cerita Ong Bak diterbitkan. Serangan laju dan brutal Tony Jaa berjaya menjelaskan dengan tepat apa itu Muay Thai. Di modenkan dari seni Muay Boran ini, banyak menggunakan siku dan lutut sebagai anggota tubuh yang paling keras untuk menjadi senjata yang ampuh. Selain itu, latihannya yang amat keras mendidik pengamal seni ini untuk menjadi keras dari segi fizikal dan mental. Ini termasuk menjadikan pengamalnya tidak berperikemanusiaan! 

2.Wing Chun




   Seni mempertahankan ini mungkin satu-satunya seni yang diasaskan oleh seorang perempuan. Ia mula popular dari cerita Ip man lakonan mantap Donnie Yen. ia diasaskan oleh seorang pendeta perempuan bernama Ng Mui, seorang pengamal wushu Shaolin. Dengan specialist perlawanan jarak dekat, serangan bertalu-talu dan menumpukan kepada titik lemah membuatkan seni ini sangat berbahaya! Ia juga telah diubah dan dirumus khas oleh Ng Mui khas untuk perempuan yang ketinggalan dengan lelaki dari segi saiz tubuh badan dan kekuatan. 

Nasihat Penulis:

 Penulis menyarankan kepada kaum wanita yang ingin menceburi bidang seni mempertahankan diri, boleh cuba Wing Chun.. Selain daripada seni yang dikhususkan dan dicipta oleh wanita sendiri, ia juga sangat sesuai untuk menjaga "kesopanan" anda. Percaya atau tidak, di dalam Wing Chun tidak ada seperti Tekwondo yang angkat kakinya setinggi kepala pihak lawan. Malah paling tinggi pun, paras perut lawan.

1. SILAT


 Menggunakan teknik yang senyap, licik dan specialist perlawanan jarak dekat membuatkan penulis berfikir dua kali untuk meletakkan Wing Chun dan Silat di ranking mereka sekarang. Ini kerana kedua-duanya mempunyai konsep yang seakan-akan sama. tetapi yang membuatkan silat mendahului Wing chun, adalah kerana selain menekankan perlawanan jarak dekat, Silat juga sangat menekankan perlawanan jarak jauh. (Sebenarnya kerana ia berasal dari bangsa kita) 😄


 KESIMPULANNYA

 Walaupun post ini ditulis sebegini, tetapi sampai sekarang penulis masih tidak menganggap ada seni itu lebih kuat dari seni yang lain. Bagi penulis, seni ini tak lebih dari sebuah alat. yang membuatkan kita menang dalam perlawanan adalah diri kita sendiri. Seni yang hebat tanpa disiplin yang tinggi, ketangkasan minda menafsir situasi perlawanan dan ketersediaan fizikal dalam perlawanan adalah ibarat sebuah pedang digunakan oleh orang kudung.

 Saya tekankan sekali lagi, seni mempertahankan diri cuma alat sahaja, ia bergantung kepada kita untuk menang!

       

Comments