Hasyasyin: Tentera bayangan yang gagal membunuh Salahuddin



  Bagi seorang gamer(yang semestinya bukanlah penulis), game Assassin Creed menjadi salah satu game yang wajib untuk dimain(Sebab rakan-rakan penulis kebanyakannya ialah gamer). Namun sudah tentu ramai yang tidak tau bahawa asal Assassin ini berakar umbi dari sejarah Islam sendiri. Jadi kite tidak perlu terlalu takjub dengan Ninja jepun, kerana kita sendiri umat Islam mempunyai sejarah tentang tentera yang menggempur musuh dari sebalik kegelapan.

 Assasin berasal dari perkataan arab Hasyasyin. Dan dari perkataan Hasyasyin ini pula terdapat bermacam-macam teori dari mana asal nama ini. Ada yang cakap kerana pengasas pertubuhan ini bernama Hasan-i-Sabbah, seorang Tentera Upahan Nizari Ismailiah.

Hassan-I-Sabbah

 Selain itu, ada juga yang mengatakan Hasyasyin itu bermaksud 'mereka yang menggunakan Candu(Hasyisy). Meskipun pendapat ini kurang mendapat hati dikalangan para pengkaji sejarah. mereka lebih bersetuju dengan pendapat pertama tadi. Selain daripada itu ada catatan dari Alamut mengatakan Hassan memanggil pengikut-pengikutnya dengan gelaran Assasiyun yang berarti  orang yang taat pada asas.

 SEJARAH RINGKAS

  Syiah, meskipun merupakan golongan minoriti yang jelas sekali kalah dari segi bilangan ahli sunnah wal jamaah, tetap berhasrat untuk mendirikan sebuah negara Syiah. Dibawah cabang Ismailiyah, mereka berjaya mencipta sebuah gerakan bawah tanah yang pada akhirnya berjaya mendirikan sebuah kerajaan Syiah pertama iaitu kerajaan Fatimiyah.

 Pada tahun 1904, Sultan Fatimiyah VIII dari kelompok Ismailiyah Maad Al-Mustansir Billah telah jatuh sakit, amka wazirnya yang berpengaruh bernama Afdal telah mengambil alih tugas pemerintahan dan menjadikan anak bongsu Sultan, Al Musta'i sebagai sultan boneka. Nizar, yang seharusnya menjadi pemimpin sebenar telah pergi ke Iskandariah mesir untuk mendapatkan sokongan bagi merebut takhta. Setelah mengumpulkan sokongan yang padu, maka Nizar telah melancarkan perang. Namun dalam perang ini, Nizar telah kalah, dan dihukum mati oleh adiknya sendiri.

 Maka, penyokong-penyokong Nizar ini yang dipanggil dengan nama Nizari, telah berpindah ke timur dan bergerak dibawah pemimpin mereka dari Parsi, Hassan-I-Sabbah. Meskipun mereka mendapat sokongan dari orang-orang di Fatimiyah itu sendiri, namun mereka tetap kalah dari segi bilangan.

 Tidak puas hati kerana asyik berlindung, maka mereka merancang strategi baru untuk menggempur dan mencipta tampuk pemerintahan untuk kelompok Nizari Ismaiiliyah.

Prosedur pembunuhan Seorang Assassin.

 Kerana tahu bahawa mereka pasti akan kalah dalam perlawanan kerana jumlah askar konvensional yang sangat sikit, jadi mereka mengubah gaya serangan mereka dengan mencipta banyak tentera komando yang mahir dalam ilmu menyelinap.( Mahir dalam pelbagai ilmu dari ilmu bahasa, budaya sehinggalah ilmu perniagaan)

 Salah satu cara terkenal iaitu pembunuhan Wazir Khalifah Abbasiyah, Al mulk, mereka menyamar sebagai orang miskin dan mnyerahkan sebuah petisyen kepada Al Mulk. Semasa Al Mulk sibuk menelaah surat tersebut, pada masa itulah orang itu membunuh Al Mulk. malah taktik ini juga berjaya membunuh anak kepada Al Mulk yang menggantikan jawatan ayahnya.

 mereka lebih suka menggunakan pisau kecil kerana kemudahan untuk sorokkannya dan pengguanaannya. Mereka tidak gemar menggunakan racun kerana takut mangsa mereka terselamat. ini menunjukkan yang tugas mereka, ialah untuk membunuh mati sasaran mereka.


 Mereka juga biasanya mengelakkan diri dari membunuh orang bersalah, dan seringkali memeri amran terlebih dahulu dari terus membunuh. Salah satu cara maran yang terkenal ialah, sasaran akan menjumpai sebilah belati di bawah bantal mereka pada keesokan hari sebagai amran supaya jangan mengganggu kerja mereka. Ini sudah cukup menunjukkan bahawa pembunuh itu boleh jadi sesiapa sahaja di sekeliling sasaran tersebut.

 CUBAAN MEMBUNUH SULTAN SALAHUDDIN

 Terdapat banyak cubaan puak ini untuk membunuh Sultan Salahudin dan kebanyakannya hampir berjaya dengan memberi kecederaan yang tidak boleh dipandang remeh. Salah satunya semasa Salahuddin bersendirian di khemahnya, lalu mneyelinap seorang assasin dan terus menikam Salahuddin. namun Beliau terselamat meskipun cedera. Akhirnya pengawal-pengawal Slahuddin terus masuk dan membunuh Assasin itu.


 SENARAI TOKOH YANG BERJAYA DIBUNUH OLEH ASSASSIN

 Kaum Hasshashin seringkali menerima kontrak dari pihak luar. Richard the Lionheart adalah salah satunya yang dicurigai membayar mereka untuk membunuh Conrad de Montferrat. Dalam banyak kasus, kaum Hashshashin digunakan untuk mempertahankan keseimbangan musuh mereka. Korban-korban yang terkenal diantaranya Wazir Abbasiyah yang terkenal Nizam al-Mulk (1092), Wazir Fatimiah al-Afdal Shahanshah (1122)(bertanggung jawab memenjarakan kaum Nizari), Ibn al-Khashshab dari Aleppo (1125), al-Bursuqidari Mosul (1126), Raymond II dari Tripoli (1152), Conrad de Montferrat (1192), dan pangeran Edward (kemudian menjadi Edward I dari Inggris) terluka oleh pisau beracun Hashshashin pada tahun 1271.






Comments