Petua hentikan Tersedu tanpa minum air banyak

 petua Hentikan Tersedu tanpa perlu minum air banyak. Tersedu memang sangat merimaskan bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga orang sekeliling. Biasa orang orang tua dulu suruh teguk air banyak banyak. Tetapi penulis tak pernah berjaya hilangkan tersedu dengan minum air banyak banyak. makin Kembung perut adalah. lagipun penulis tak suka minum time makan, pendek nafas katanya.

 Jadi macammana nak hentikan sedu tanpa minum air banyak-banyak? Kalau ikut cara penulis, ada dua cara yang penulis dapat, tetapi satu je yang penulis gune kerana sifatnya yang efektif.

 cara pertama hentikan sedu:


  1. Bila rasa nak tersedu tu, tahan nafas, berhenti mengunyah atau apa sahaja.
  2. Masih dengan nafas yang tertahan, tegakkan badan dan kepala.
  3. Jangan gelak bila orang gelak tengok kita buat macam tu
  4. kemudian ambil air dan minum dengan tenang, lebih baik kalau kepala didongakkan agar leher dalam keadaan lurus.
 Cara kedua hentikan sedu lebih efektif bagi penulis:
  1. Bila rasa nak tersedu tu, tahan nafas, berhenti mengunyah atau apa sahaja perbuatan lain
  2. masih dengan nafas tertahan, tegakkan badan dan kepala
  3. jangan gelak bila orang gelak tengok kita buat macam tu
  4. tahan untuk sekurang kurangnya 20 saat bergantung pada kemampuan kita
  5. ulangai langkah yang sama jika masih berterusan tersedu.
 Untuk pengetahuan kau orang, penulis dah guna cara ini dari sejak penulis sekolah rendah lagi, bukan dari turun temurun, tetapi penulis dan adik penulis sendiri yang 'menemui' cara ini(Ceitt). Tapi apa pun, perlu diingatkan yang cara ini tak semestinya jadi 100 peratus ada korang. tapi ini lebih baik dari teguk bergelas gelas air sampai perut senak.

 Ouh ya, untuk pengetahuan kau orang, Tersedu terjadi apabila Diafragma kendur ke atas, maka otak akan menerima isyarat untuk menutup Glottis. Lalu udara yanga da di paru paru tadi akan menendang nendang untuk keluar. ini berterusan sehinggalah diafragma berfungsi seperti biasa.

 Semoga berjaya mengamalkan petua hentikan sedu tanpa minum air banyak-banyak ini!

Comments

  1. "izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)"

    ReplyDelete

Post a Comment