Knight Templar: Kesatria kebanggaan yang dihancurkan!




Sejarah Knight Templar. Salah satu sejarah yang masih berkontroversi datangnya dari kristian barat. Knight Templar dikenal sebagai salah satu tentera salib yang terkuat dan terbesar. Mereka digelar sebagai para pewira orang msikin kristian dan Kuil Solomon. Mereka berpusat di jerusalam dan Kesatria Templar ini dibentuk pada tahun 1119 selepas perang salib pertama.

 Tugas utama Tentera salib atau knight Templar ini ialah menjaga Kerajaan dan melindungi pelawat-pelawat Jerussalam.


 Kesatria dibahagikan kepada 4 divisyen bersaudara:

  1.  Kesatria: Tentera utama yang dilengkapi dengan peralatan Kavelri berat dan dibantu oleh 10 orang
  2. Sersen: Unit Kavelri ringan yang terdiri dari kesatria kelas bawahan
  3. Petani: menjaga hartanah milik Knight
  4. Pendeta Tentera: ditahbiskan sebagai imam dan membentuk kerohanian tentera-tentera.

Sejarah ringkas kesatria Templar

Kesatria Templar didirikan oleh  Hugh de Payens seorang Kesatria Perang Salib pertama bersama 9 Knight lain. Kesatria Templar tetap menetap di jerussalam selepas perang pertama. Nama mereka diambil bersempena nama markas terbesar dan bersejarah mereka, Kuil Suci jerusalam di gunung Kuil Suci. Apa yang dimaksudkan oleh Kesatria Templar sebagai kuil suci adalah Dome of Rock atau haiqal sulaiman yang sering diuar-uarkan oleh orang yahudi sebagai tempat mereka ynag bersejarah terletak berdekatan dengan masjidil Aqsa.

 Selain dari Palestin, Kesatria templar juga pernah berperang di  Reconquista Sepanyol dan Portugal merebut kembali jajahan dari orang Islam. Selepas mewarisi kerajaan Aragon, emreka mengenakan mantel putih dengan lambang salib yang besar di jantung ataupun di dada mereka.

Kehancuran Knight templar

 Ianya bermula apabila raja perancis, Philip IV nak meminta bantuan kewangan dari Knight Templar yang kaya, namun ditolak oleh Knight Templar. Menyebabkan raja Perancis meminta Paul untuk memulau mereka namun ditolak oleh Paul Bonaficious IIV. Selepas itu Raja Philip menghantar ejennya untuk menculik Paul namun Paul telah mati terlebih dahulu.

 Selepas pertukaran beberapa paul dan undang-undang pemulauan terhadap Kesatria Templar, Pada 13 Oktober hari jumaat pada tahun1307 yang dikenali sebagai tahun kesialan. ejen ejen Philip IV telah menangkap semua kesatria Templar di Perancis dan menyiksanya untuk emmaksa mereka membuat pengakuan palsu tentang adanya pengamalan agama sesat dikalangan mereka. Ini untuk dijadikan sebagai alasan walhal Phili Iv sebenarnya cemburu dengan semua kekayaan yang dimilik oleh Kesatria Templar.
 Semua harta-harta Kesatria Templar di wariskan kepada Kesatria Hospitaller dan kesatria Templar yang terselamat juga banyak menyertai Kesatria ini. Raja Aragon di Sepanyol menentang perwarisan ini yang dirasakan tidak sepatutnya sedemikian.


Tuduhan Ajaran Sesat

 Sebahagian Templar yang diseksa mengaku mereka menyembah kepala mayat dan mengamalkan sebuah ajaran agama misteri bernama Balfomet. Para pemimpin Kesatria templar awal awal lagi sudah menafikan tuduhan tersebut yang kemudiannya mereka dihukum mati. Ahli sejrah berpendapat mereka semua hanya dipaksa dan agama itu sendiri mungkin hanya setakat propaganda Perancis.

 Ada juga Kesatria Templar yang dituduh cuba mencampurkan amalan agama kristian dan agam islam. Dan ada juga yang kerana terjadinya salah faham tentang ritual yang dilakukan disebalik pintu rahsia Kesatria Templar.

 Walau apapun tuduhannya, yang jelas, dalang yang melakukan tuduhan ini mempunyai motif yang sama, iaitu mau merampas harta-harta kepunyaan kesatria Templar.





 Itulah serba sedikit tentang sejarah Kesatria Temple yag tercatat di dalam sejarah. bagi Peminat teroi konspirasi, emreka akan mengatakan bahawa Kesatria templar lah yang mengasaskan Freemason. Mungkin Penulis akan menulis berkenaan teori ini nanti. jadi terus tekan Suscribe kat atas tu nanti terlepas!

Comments

  1. "izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)"

    ReplyDelete

Post a Comment