Elisa Lam: Kematian Misteri dengan Rakaman CCTV Yang Pelik.



19 Februari 2013, merupakan tanggal yang akan diingati oleh para penginap Hotel Cecil, Los Angeles. Ia bermula apabila para penginap mengadukan kepada pihak pengurusan hotel berkenaan air yang mengalir kecil disertai dengan bau hanyir serta kotoran.

 Setelah beberapa aduan dibuat, pihak pengurusan hotel menghantar tukang untuk pergi ke tangki air yang terletak ditingkat paling atas hotel itu. Setelah salah satu pintu tangki dari empat tangki dibuka, tukang itu telah menemui mayat Elisa lem yang sudah membusuk dan dalam keadaan telanjang.

 Elisa Lem pula telah dilaporkan hilang lebih kurang 19 hari sebelum mayatnya dijumpai oleh pihak keluarga. Seorang staf mengatakan kali terakhir dia melihat Elisa Lam ialah 31 januari.

 Kes ini terus melonjak naik dikalangan para netizen dan melahirkan ramai detektif-detektif alam maya yang berlumba-lumba cuba menyelesaikan kes pembunuhan tersebut. hal ini kerana beberapa kejanggalan yang muncul dalam kes ini.

 Salah satunya ialah rakaman CCTV yang dikeluarkan oleh pihak polis pada 13 Februari untuk mencari kelibat Elisa Lam yang dilaporkan hilang kedua ibu-bapanya.



Di dalam video itu, diminit pertama kelihatan Elisa Lam yang memasuki lif itu kemudiannya menekan-nekan beberapa tombol di lif tersebut. Dia kemudian menunggu pintu lif tertutup tetapi tidak juga tertutup.

 Dia kemudia memeriksa kalau-kalau ada orang yang nak masuk lif juga tetapi tiada. Dia masuk kembali kedalam lif tetapi kali ini dia seperti cuba bersembunyi dari seseorang. Kemudian dia menjenguk keluar seperti mahu melihat seseorang sebelum keluar sepenuhnya dari lif tersebut. Dia keluar untuk check kalau-kalau 'sensor' lif rosak dengan melangkah beberapa langkah ketepi dengan gaya budak-budak.

 Dia kemudiannya berdiri di tepi lif, sebelum masuk semula kemudian menekan-nekan butang-butang lif sekali lagi. Kemudian dia keluar kembali dan duduk lagi di tepi lif. beberapa saat kemudian, dia seperti menari-nari sebelum akhirnya pergi.

 Pelik kan?

 Apa kesimpulan pihak polis

 Setelah habis siasatan dan menerima laporan dari Toksikologi, pihak polis menyimpulkan yang Elisa Lam mati kerana 'Accidental Drowning" iaitu mati kerana tenggelam secara kemalangan atau tanpa sengaja.

 Kesimpulan ini menimbulkan banyak keraguan dan tanda tanya termasuklah dari keluarganya sendiri. Ramai netizen yang beranggapan ianya adalah kes bunuh kerana beberapa hal.


  • Dijumpai dalam keadaan telanjang
  • Diisytiharkan bebas dari pengaruh dadah dan alkohol
  • Pintu tangki air selalu tertutup
  • Sewaktu mayatnya dijumpai, pintu masih tertutup rapat

 Teori-teori motif pembunuhan Elisa

 Illuminati dan Freemason

 Ini agak popular dikalangan pengganut-pengganut fahaman teori konspirasi akhir zaman. Alasannya mudah kerana dahulu, pernah terjadi penyebaran wabak TBC. Dan salah satu cara untuk mengesan kehadiran penyakit ini pada pesakit HIV dinamakan sebagai LAM ELISA!(tak percaya dipersialakan google)

 Jadi macam biasa, mereka akan mengatakan Illuminati dengan misinya untuk memusnahkan sebilangan umat manusia untuk tujuan jahat mereka.

 Hantu

 Ini juga biasa diutarakan oleh netizen. Tetapi kita sebagai umat Islam sewajarnya tidak harus percaya dengan kewujudan hantu-hantu atau roh-roh yang tidak 'aman'. Netizen beranggapan sedemikian kerana latar belakang hotel itu juga yang mempunyai banyak sejarah hitam. Richard Ramirez dan Jack Unterweger, dua pembunuh berantai yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat juga pernah menginap disitu untuk beberapa malam malah sepat mencatatkan beberapa korban disitu sebelum mereka Check out.

 Selain itu, banyak kes-kes bunuh diri penginap-penginap hotel yang beridri pada 1927 itu. Kebanyakannya mati dengan terjun dari banggunan.

 Bermotifkan Benda Lain

 Mungkin ini yang paling boleh diterima akal. Pembunuhnya membunuh Elisa dengan sebab peribadi. boleh jadi atas perasaan dendam atau apa sahaja. Mayat Elisa dijumpai di dalam tangki ai tanpa berpakaian dan tidak ada pakaiannya dijumpai berdekatan disitu menunjukkan yang mungkin pembunuhnya seorang lelaki yang kuat kerana mengangkat Elisa Lam dan memasukkannya ke dalam tangki air.

 Mungkin juga dia adalah kawan kepada Elisa. Ini kerana di dalam video, Elisa seperti melihat sesuatu(walaupun mungkin hanya mahu memeriksa kerana pintu lif tidak mahu tertutup), tetapi boleh jadi dia menunggu kawannya.

 Dalam video juga dia kelihatan seperti bersembunyi di dalam lif dari seseorang. boleh jadi dia nak kejutkan kawannya yang nanti akan masuk di dalam lif, tetapi kawannya tidak datang juga.

 Mungkin juga suspek mengajaknya untuk bertemu di tingkat 14(tingkat lif itu), kemudian bertemu di tingkat atas sebelum membunuhnya dan memasukkannya ke dalam tangki air.

 Pendapat Penulis

 Bagi penulis, penulis bersetuju dengan kesimpulan polis yang ini semua adalah kemalangan. tetapi ianya juga boleh jadi kes bunuh diri. Hal ini kerana,  berdasarkan rekod kesihatan Elisa Lam, dia disahkan menghidap penyakit Bipolar Disoder. Sejenis penyakit mental.

 Kita dapat lihat sendiri di dalam video, dia kelihatan seperti menekan-nekan kesemua tombol tanpa sebab yang pasti, malah dia juga bermain-main di hadapan lif lagaknya seperti orang 'kurang siuman'. Walaupun boleh jadi dia setakat bermain-main. Anda sendiri lah kalau bersendirian, mesti anda akan bermain-main jugakan? Tetapi masih tak logik sebenarnya kalau kita lihat kembali video itu.

 Lagipun Elisa Lam ini sebenarnya orang Egland dan menuntuk di University Of British Columbia. Jadi menjadi persoalan kenapa dia pergi ke Los Angeles bersendirian. Sudah tentu mungkin nak bersendirian atau menyepi.

 Salah satu tanda penyakit mental ialah kemurungan dan selalu bersendirian. Jadi anda ifkir-fikir kanlah.
 Lagipula pihak polis mengatakan yang mereka ada kesemua rakaman CCTV di hotel itu. Jadi mustahil kalau betul ada orang yang telah membunuh dan mengangkutnya sebelum di campak ke dalam tangki air.

 Berkenaan pintu tangki air yang tertutup itu, pihak polis mengesahkan tangki air itu penuh semasa kematian suspek. Air yang penuh sudah pasti akan membuatkan dia terapung, jadi tidak mustahil dia boleh tutup pintu tangki air tersebut. 

 Kenapa dia pilih untuk unuh diri secara melemaskan diri sendiri? Bukankah dia bloeh terjun banggunan? Cara yang lebih cepat dan mudah untuk bunuh diri.

 Persoalan ini boleh dilihat kepada penyakit yang dihidapi oleh Elisa Lam. Penyakit gila ni, macam-macam boleh ada dalam kepala pesakit. Mungkin dia rasa lebih sejuk dan rasa macam mandi kolam, jadi dia membuat keputusan untuk bunuh diri di tangki air. Kadang kita melihat orang membunuh diri dengan seribu satu cara, jadi sebenarnya ia bukanlah persoalan yang besar tentang kenapa dia bunuh diri macam itu.


KESIMPULANNYA

 Kes ini menjadi sangat terkenal di alam maya. kerana sifatnya yang misteri malah selalu masuk di dalam senarai-senarai yang pelik-pelik di Youtube. Apa-apa pun kita sebagai Islam, seharusnya menjauhi dari gejala bunuh diri. kalau rasa tertekan, percayalah anda sudah jauh dari agama, dari Allah, menyebabkan hati anda tidak tenang. Jadi kalau stress tutup phone, tutup internet ambil air wudhuk dan mengajilah, nescaya hatimu tenang....

Comments

  1. "izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)"

    ReplyDelete

Post a Comment