PEDANG TENTERA SALAHUDIN: Pedang Yang Mampu Memotong Sutera Di Awangan!



 Bila saya minta anda senaraikan pedang-pedang yang tajam apakah pedang yang mungkin anda sebutkan? Katana, Schimitar ataupun parang belakang rumah anda?

 Saya perkenalkan kepada anda, pedang yang diikitiraf sebagai pedang tertajam oleh pengkaji barat! Pedang Salahudin Al Ayubi!




 SALAHUDDIN terkenal sebagai perwira umat Islam semasa Perang Salib kedua meletakkan namanya sebagai salah satu panglima yang paling digeruni di zamannya. Selain memalukan tentera Salib dalam perang Hittin, Salahuddin berjaya menundukkan musuh seterunya iaitu Richard The Lionheart yang juga seorang panglima perang yang sangat hebat di medan perang.

 Tetapi apakah benar hanya semata-mata taktikalnya sahaja yang membuatkan dia digeruni oleh pihak lawan? Maka pedang ini sebagai jawapannya!

 APA KEHEBATAN PEDANG INI?

 Bagaimana cara anda mengukur ketajaman sesuatu pedang, dengan menebas sebatang buluh dengan sekali libasan, atau menghiris kertas demi kertas yang membuatkan anda yakin dengan ketajamannya? Lalu bagaimana kalau saya katakan pedang yang satu ini mampu memotong sutera di awangan, membelah pedang kepada dua serta menembusi perisai para Crusader?

 Ya betul, pedang ini mampu memotong sutera yang beralun lembut di awangan. Malah panglima-panglima tentera Salib sering mengingatkan tenteranya untuk berhati-hati dengan pedang tentera Salahuddin yang bahkan mampu membelah tentera dengan kudanya dengan sekali tebasan.

 APA YANG MENYEBABKAN PEDANG INI TAJAM?

Pedang ini dibuat dengan teknik pembuatan pedang yang bernama " Damarcus". Ia disaluti dengan CNT(Carbon nano tubes) yang membuatkannya sangat tajam tetapi mudah ditempa. Teknik pembuatan pedang ini sangat rahsia sehinggakan hanya ada beberapa tukang besi sahaja yang mampu membuat pedang dengan teknik besi ini. Seni pembuatan pedang ini juga sangat dikagumi oleh pakar-pakar barat dan Pengkaji-pengkaji besi(Metallurgical studies)
 Percaya atau tidak, sampai ke zaman moden seperti sekarang ini, masih tidak ada yang mampu membuat pedang sebagus pedang dari peradaban Islam abad ke 11 sehinggan ke 12 ini. bagaimana boleh terjadi? Sebab itu ianya dipanggil sebagai "Seni pembuatan Damarcuss yang hilang"

 Besi Damarcuss juga dipanggil sebagai Wootz. Mengandungi sejumlah peratus Karbon, Kromium, Mangan dan Kobalt juga ditambah untuk meningkatkan lagi ketajaman, kekuatan dan ketahanan pedang-pedang ini.

 APA ITU CNT?


 Cnt ialah satu ikatan rantaian Karbon yang diikat secara Heksagon antara satu sama lain yang berbentuk silinder dan berdiameter antar 1-2 nanometer. silinder CNT boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh Mikron dan tertutup di bahagian hujungnya seperti paip yang ditutup di hujungnya.

 Ciri-cirinya jelas menunjukkan yang ianya mempunyai kekuatan yang lebih tinggi dari bahan besi yang lain. Selain itu, yang menjadi keunikan ciri-cirinya ialah mempunyai kekonduksian yang lebih baik dari Kuprum dan Logam. Selain itu, jisimnya juga mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap suhu dan mempunyai jisim yang lebih ringan dari Aluminium.

 Ciri-ciri ini didedahkan oleh Prof Dr. Peter Paufler dar Jerman yang bertugas menyelidik pedang ini. Dia mengatakan CNT inilah rahsia utama ketajaman pedang yang dapat mengalahkan tentera-tentera Salib ketika abad ke ke dua belas.



 Sampai sekarang, peninggalan-peninggalan senjata-senjata berbahan Damarcuss kebanyakan tersbar di musium-musium seluruh dunia.

 KESIMPULAN

 Kita sering kali mengagung-agungkan binaan dan ciptaan dari barat, tanpa kita sendiri sedari, bahawa umat Islam sendiri mampu menghasilkan senjata terbaik sepanjang zaman. Ia dapat kita buktikan apabila pakar-pakar Metalurgi moden abad ke 21 masih tidak mampu mencipta kembali teknologi peradaban Islam abad ke 12! 
 Walhal mereka boleh membina bom yang boleh menghapuskan terus Hiroshima dan Nagasaki dan senjata-senjata canggih yang lain. Memanng kita boleh cakap hanya menunggu kedatangan Imam Mahdi untuk datang dan memimpin umat Islam kembali ke zaman kegemilangannya, tetapi kenapa tidak kita yang menjadi perintis membantu kebangkitan tersebut, meskipun nama kita tidak akan dikenang, tetapi ingatlah, meski sebesar zarah sekalipun kebaikannya, nescaya Allah membalas dengan balasan setimpal!


Comments

  1. Nak buat pedang sebegitu kena byk gunakan sulfur serta kulit kerang laut

    ReplyDelete

Post a Comment