Keanehan Yang Membuatkan Paderi Kristian Tercengang
Seperti yang diketahui oleh semua Umat Islam, Kitab Bible yang berada di tangan orang krisitian pada zaman ini telah diseleweng oleh paderi-paderi terdahulu. Namun, pada abad ke 6 masihi, terjadinya peristiwa aneh yang bahkan membuatkan paderi-paderi Krisitian tercengang.
Selepas Peperangan Yarmouk telah dimenangi oleh tentera Islam dibawah panglima perang Pedang Allah, Khalid Al Walid, Rom telah menyerahkan baitul Maqdis kepada Empayar Islam.
Namun Sophronius, paderi yang menjaga Baitul Maqdis telah memberi syarat kepada Abu Ubaidah selaku panglima tentera Islam yang mengepung Baitul Maqdis supaya tentera Islam menakluk kota Baitul Maqdis tanpa pertumpahan darah dan meminta Khalifah Umar sendiri datang untuk menerima Kunci Kota Baitul Maqdis.
Pada awalnya Sophronius fikir, Abu Ubaidah akan menolak syarat tersebut dan menjarah kota Baitul Maqdis dengan kerosakan seperti penakluk-penakluk Baitul Maqdis sebelumnya, namun sebaliknya Abu Ubaidah menerima syarat tersebut.
Selepas bermusyawarah dnegan sahabat-sahabat yang lain, meskipun kurang dipersetujui oleh Uthman Al Affan namun Ali sebaliknya. Maka Umar pun berangkat dari kota Madinah menuju ke kota Baitul Maqdis.
Saidina Umar tidak pergi dengan bala tentera yang ramai mahupun dengan tentera-tentera berkuda yang siap melindungi nyawanya melainkan seorang khadam dengan seekor unta. Malah Saidina Umar bergilir-gilir dengan khadamnya menunggang unta tersebut mengikut giliran dan tempoh masing-masing, meskipun khadamnya sendiri kurang bersetuju dengan Umar.
Jika salah seorang yang menunggang, seorang lagi akan memandu pedati tersebut. Perjalanan mereka juga hanya berbekalkan roti, air dan kurma sahaja. Setiap kali bertukar giliran, mereka akan membaca Yassin sehingga tamat(Mashaa Allah)
Setelah menempuh perjalanan yang lama dan panjang dari kota Madinah ke Palestin, akhirnya Saidina Umar sampai ke tempat kem tentera Abu Ubaidah di Jabiya. Abu Ubaidah yang merupakan salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin Syurga berasa kasihan melihat kaki umar yang berlumuran lumpur dan tercalar kerana jauhnya perjalanan serta bajunya yang diselaputi pasir padang pasir kemudian telah berkata,
"Wahai Amiral Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan. Mereka (penduduk al Quds) tentu melihat kemegahan kamu sebagai Khalifah”
Saidina Umar merenung Abu Ubaidah yang telah berjaya menewaskan tentera Rom Byzantine itu dengan air muka yang marah.
“Demi Allah. Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini! Sesungguhnya kita semua ini adalah hina lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah”.
Lalu mereka meneruskan perjalanan tetap dengan cara bergilir-gilir sehinggakan khadamnya berasa malu dan segan lalu mencadangkan agar Umar menaiki untanya sehingga mereka sampai di Baitul Maqdis namun Umar menolak dan tetap mematuhi giliran dan tempoh yang telah di tetapkan.
Kebetulan berdekatan dengan gerbang Dimashik(salah satu pintu utama BaitulMaqdis), giliran khadam Umar yang menunggang kuda dan Umar pemandu pedatinya. Khadamnya masih mencadangkan Saidina Umar yang menunggan unta itu. Tetapi Saidina Umar tetap menolak cadangan itu.
Setibanya Saidina Umar di depan Baitul Maqdis, penduduk-penduduk Ilya(nama Baitul Maqdis ketika itu) termagu dengan sosok penampilan seorang pemerintah Empayar yang sangat digeruni ketika itu. Tidak Se gah seperti apa yang mereka bayangkan.
Mereka bayangkan seorang raja yang akan dikelilingi oleh tentera-tentera dengan kenderaan mewah, baju berkualiti dan gundik-gundik di sampingnya, tetapi apa yang mereka lihat hanya seorang lelaki biasa dengan khadamnya, berpakaian lusuh dengan kaki yang calar balar dan diselaputi lumpur tidak ubah seperti seorang rakyat biasa, bukan sebagai seorang pemerintah empayar yang berjaya menundukkan keangkuhan rom dan kesombongan Parsi dalam masa yang tidak lama.
Kerana terlalu takjub, penduduk-penduduk dan paderi-paderi menundukkan kepala mereka sebagai tanda hormat dengan ikhlas.
tetapi Saidina Umar berkata dengan suara yang keras:
“Alangkah malangnya kamu semua! Angkat kepala kalian sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah”.
Sophronius dan paderi-paderi lain yang tergamam sehingga jatuhnya air mata melihat kesederhanaan Rom telah berkata di dalam hati:
"Jika beginilah pemimpin Islam,kerajaan kamu(Umar) tidak akan kalah."
lalu Sophronius baru teringat akan tiga tanda yang terdapat di dalam kitab Bible yang menceritakan tentang seorang penakluk Baitul Maqdis yang tercatat di dalam kitab Injil. Lalu dia mara sambil menyerahkan kunci lalu berkata:
“Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan kunci kota al Quds, seterusnya menguasai Baitul Maqdis memiliki tiga tanda. Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.
“Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya. Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur). Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan.
Kemudian Sophronius meminta izin untuk mengira tampalan-tampalan di baju Saidina Umar, hatinya semakin terharu dan malu.Terdapat 17 tampalan kesemuanya di pakaian milik Saidina Umar. Dia dan paderi-paderi lain memakai baju yang bergemerlapan dan berkilat kilat manakala pemerintah hebat seperti Umar hanya berpewatakan seperti seorang rakyat jelata.
Genap 10 hari di Baitul Maqdis, Umat islam meraikan kemenagan dengan Qiyam dan doa kesyukuran. Sewaktu berdoa, saidina Umar menangis. lalu ditanya oleh para Sahabat apakah Umar menangis kerana kemenangan ini?Saidina Umar menjawab:
“Iya, aku menangisi kemenangan ini. Aku teringat Baginda salallahualaihi wasalam pernah bersabda…”
MAKSUDNYA : “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kalian. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kalian semua sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kalian. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kalian seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)”.
KESIMPULAN
Ketokohan Umar tidak dapat disangkal lagi. Ada sebab Allah memilih Umar sebagai pembuka Kota Baitul maqdis pertama bagi umat Islam setelah berabad-abad lamanya dibawah kekaisaran Rom. Meskipun kitab injil telah banyak di manipulasikan dan diseleweng, namun, Allah telah memelihara beberapa petikan yang kelak akan dijadikan sebagai bukti kekuasaannya!


Comments
Post a Comment