Air Terjun Berkembar! Tempat Menarik Lombok!
Selepas balik ke Lombok untuk pertama kali , teringin juga nak tengok tempat-tempat menarik dekat Lombok kenapa di panggil sebagai Adik Kepada Pulau Bali, tapi masih baru-baru tiga bulan ni, tak payahlah pergi jauh-jauh sampai ke Sembalun or Gunung Rinjani.
Sebab saya tinggal dekat Lombok Tengah manakala Sembalun dan Gunung RInjani tu pulak dekat Timur. Dengan bahasa sasak(Nama bahasa Lombok) saya yang kurang bagus lagi, jadi mak ayah saya tak bagi pergi jauh-jauh.
Okay, lepas tu, dah duduk rumah lebih sebulan setengah tak pergi mana-mana, mak ayah saya rasa kesian pulak, so dia suruh sepupu saya(orang Lombok) bawak kawan-kawan supaya pergi kesana dengan saya dan adik saya. Ouh ye, sepupu saya girl, so kitorang due beradik lelaki dikelilingi oleh Gugirl!
Dari tempat saya di Mantang tak jauh pun benang Stokel n Benang Kelambu ni. Dua air terjun merupakan kaki gunung Rinjani(Seriously, ia terbentang luas sehingga ke Timur). Dari tempat saya ke Utara sikit, sebab orang sini memang suka guna empat arah mata angin untuk menentukan arah.
Dalam lebih kurang tak sampai satu jam, kitorang sampai, kena bayar parkir motor, di beri tiket terus masuk. Nasib ada saudara dekat sana, boleh masuk free(hehe). Sampai Sampai di depan intu masuk tu, ada rentetan kedai runcit(Sorry takde gambar), kitorang terus masuk.
Benang Stokel dan benang kelambu terletak agak jauh. Benang Stokel boleh dijumpai terus bila kita jalan dari pintu masuk utama. Suasana yang sejuk dan air yang dingin memang merasuk sesiapa sahaja untuk cuba basahkan badan.
Nampak best kan, tapi ramai cakap benang Kelambu lagi best, didorong rasa ingin tau, kitorang pon melanjutkan perjalanan, Rupa-rupanya Benang Kelambu lagi jauh uiih. 1 KM dari Benang Kelambu. Buat sesapa yang cepat semput berjalan tu boleh Ngojek(sewa motor) dekat pintu masuk. So, perjalanan korang lebih laju dan tak memenatkan.
Tapi saya masih muda, masih ada tenaga empat kerat menggagahkan diri melalui 1 km itu. ianya serupa kita mendaki gunung kerana Benang Kelambu agak ke atas sikit. tapi jangan risau, di setiap jalan ada gerai dan tempat duduk. Ada nasi, snek dan macam-macam lagi la.
Selepas berpenat lelah akhirnya kitorang smpai!
Secara jujurnya, Benang Kelambu lebih syok kerana luas kawasan berairnya lebih besar berbanding Benang Stokel. benang kelambu bermaksud langsir Kelambu(Kalau x salahlah). Memang Syok mata memandang.
Seronok tengok diorang mandi manda, air terjun ni ta terlalu deras kerana telah ditapis secara semula jadi. Jadi Korang boleh main dekat Air terjun tu tanpa rase sakit seperti air terjun tempat lain.
tapi adik saya mase tu tengah sakit Gastrik, jadi kitorang kene balik awal.. Takpe, rumah dekat lain kali boleh datang lagi....
Korang kalau nak pergi ke sini pun boleh, alang-alang tu, bolehlah guna khidmat saya untuk jadi supir anda(wkwkw)..
Okay itu saja perkongsian saya yang serba ringkas mengenai Benang Stokel dan benang Kelambu. walaupun sebenarnya dah pergi lama, baru rase nak up kat blog..hehe
Comments
Post a Comment