Kuil Osiris:Bukti Kapal Terbang sudah wujud beribu-ribu tahun dahulu!


 Simbol Kapal Terbang, Helikopter Terdapat Pada Tulisan Hierograf?

 Mesir memang diselubungi oleh pelbagai misteri dan khabar angin sesuai dengan reputasinya sebagai salah satu tamadun purba dengan teknologi-teknologi yang baik. 

 Pada sekitar tahun 1990, sekali lagi Mesir menjadi perbualang hangat di media massa antara bangsa kerana kewujudan beberapa kenderaan berteknologi moden pada tulisan Hierografi(Tulisan kuno Mesir) di Kuil Osiris di Abydos.

 Ini dijadikan hujah oleh para peminat teori Alien atau UFO bahawa kerajaan Mesir kuno dibantu oleh teknologi Aliens yang maju dan canggih. 

 Kuil Osiris-Abbydos

Kuil Osiris terletak 11 Kilometer ke Barat sungai Nil berdekat kota Mesir moden Araba, Al Madfuna dan Al Bayana. Didirikan pada zaman Firaun Seti I dan disiapkan pada zaman anaknya Ramses II.

Mari Lihat Perbandingannya.....




Helikopter

Kapal Selam


 Kapal Angkasa


 Kapal Aero

 Pelik bukan? Apakah benar Alien yang membantu Firaun terdahulu untuk membina teknologi secanggih ini. Atau adakah betul teori yang mengatakan manusia terdahulu sudah mencapai teknologi yang jauh lebiih moden dari kita sekarng tetapi ditelan oleh banjir besar pada zaman Nabi Nuh? Selain penemuan ini, maih banyak lagi penemuan-penemuan seperti bateri kuno Baghdad dan penemuan sisa-sisa radioaktif berjuta-juta tahun dahulu!

 Bagi menjawab persoalan ini, Kita perlu pakai logik sederhana. Kalau betul teknologi-teknologi seperti ini sudah wujud pada ketika itu, maka dimanakah tempat yang menjadi tapak pendaratan kapal-kapal tersebut. Selain dari pada itu kapal-kapal seperti ini semestinya memakai bahan bakar yang banyak. tetapi sampai sekarang para cerdik pandai masih tidak menemui tempat-tempat yang boleh menjadi jawapan bagi persoalan-persoalan logik di atas.

 Mengikut pendapat Para Egyptalogist, iaitu penyelidik dan penganalisa Purba Mesir, kesimpulan yang sama dan disimpulkan iaitu tulisan Hieroglif itu megalami proses Palimpses.

 Apa itu proses Palimpses?  Seperti yang kita tahu, sesebuah banggunan lama sudah pasti akan mengalami kerosakan akibat dari gempa bumi, campuran bahan yang tidak bagus atau teknik memahat yang kurang cekap. Tulisan yang diukir pada dinding ini dipanggil sebagai Glif. Bagi Glif kuil Osiris, para Egyptalogist bersepakat yang Glif tersebut telah ditulis semula.

 Selain itu, Mesir kuno juga memilik budaya khas. Setiap kali Firaun mereka mati atau diganti, maka tulisannya juga akan diperbaharui. Bagi memperbahrui glif yang lama, orang mesir kuno akan menggunakan teknik Palimpses ini, dalam bahasa Latin, Palimpsestus bermaksud satu teknik menulis seperti mengukir cetak timbul atau di ataskulit haiwan yang dilakukan sekali atau berkali-kali selepas tulisan pertama dihapuskan atau telah rosak.

 Katherine Griffis, seorang Egyptalogist,dari International Association Of Egyptalogist di University Alabama menterjemahkan Hieroglif tersebut:

'Orang yang menindas serta berlaku zalim kepada sembilan busur, yang mana susuk tubuh dua wanita bernama Seti I digantikan dengan orang yang melindungi Mesir dan menggulingkan negara-negara asing bernama Ramesses II"

 Kesimpulan

 Sikap manusia yang terlebih taajub dengan perkara-perkara mistik nyata membutakan manusia sehingga peraya 100% kepada dakwaan sesetengah orang. Sebagai Umat Islam, baik atau bruuk sesuatu perkara itu,haruslah kita selidiki terlebih dahulu...

Comments