Babushka Lady: Saksi Kematian Presiden Amerika Yang Misteri

Salah Satu Saksi Terpenting yang Masih Belum DIjumpai!


 Pada 22 Novembor 1963, John F Kennedy selaku presiden Amerika Syarikat yang ke 35 telah di tembak mati semasa lawatannya di Dallas Texas. Sudah tentu kematiannya mengundang pelbagai teori dan spekulasi konspirasi untuk membunuh salah satu presiden "baik" ini.

 FBI dan CIA masing-masing mencari apa sahaja bukti yang boleh djadikan sebagai petunjuk tambahan untuk menyelesaikan kes ini. Namun masih ada juga petunjuk yang susah untuk didapati meskipun diketahui memang wujud. salah-satunya ialah Babushka Lady.

 Seorang wanita tua yang memakai seakan-akan selendang Rusia berdiri di kawasan rumput antara Elm dan jalan Utama.Dia diburu sebagai saksi penting kerana dia berada sangat hampir dengan lokasi kematian Kennedy dan dipercayai mempunyai kamera pada dirinya.

 Kelibatnya muncul pada rakaman penduduk Dallas, Marie Muchmore, dimana Babushka Lady muncul pada saat 0:41 sedang berdiri di belakang Charles Bhrem dan anaknya,  Joe.

 Pada video lain, milik Mark Bell dari U.S Postal carrier menunjukkan Babushka Lady pada minit ke 0:47 selepas tembakan berlaku. Dia membelakangi kamera dan berada dekat dengan lokasi tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila penduduk-penduduk sedang lari dan berlindung dari situ, Babushka Lady hanya berdiri tegak di situ.

 Abraham Zapruder juga mempunyai kelibat Babushka Lady di dalam rakamannya dan dikatakan oleh netizen sebagai video paling sempurna di mana pada minit 0:37 dapat menangkap gambar muka Babushka Lady, tetapi malangnya kabur.

 7 tahun selepas pembunuhan, 1970, seorang bekas penari dan penyanyi di kelab Burlesque bernama Beverly Oliver telah mengaku sebagai babushka lady. Dia mengatakan mengambil gambar dengan kamera Yashica super 8 miliknya yang kemudiannya telah diambil oleh dua orang ejen FBI. Dia juga menyatakan yang dia kenal Jack Ruby(Yang kononnya memperkenalkannya kepada suspek penembak JFK Lee Harvey Oswald). Cerita Oliver menimbulkan beberapa masalah besar walaupun pada akhirnya ia dipertikaikan kebenarannya.

 Hal ini kerana dia masih lagi berumur 17 tahun pada tahun 1963, bertentangan dengan kelibat Babushka lady yang sudah jelas tua. lagipula kamera Yashica 8 miliknya tidak dikeluarkan sehinggalah pertengahan tahun 1960 an. Walaupun kemudian Oliver membetulkan kembali beberapa pengakuannya seperti mengatakan kameranya merupakan prototaip sebelum ianya dijual secara umum.

 Misteri Babushka lady terus diselubungi pelbagai teori konspirasi. Ada yang cakap dia ialah seorang perisik Rusia, ada yang cakap dia pembunuh upahan yang memegang kamera mekanisme pistol tersembunyi, dan ada juga yang mengatakan ia adalah lelaki yang meyamar menjadi perempuan(Kerana di dalam video Muchmore, Babushka Lady berdiri dengan dengan kakinya terbuka luas,lihat pada foto thumbnail, dan ianya agak ganjil untuk wanita tua ada tahun 90 an yang mementingkan kesopanan). Dan juga mungkin dia ialah Plan B jika Plan A 'Mereka' tidak menjadi.

 Mungkin juga apa yang dipegangnya itu bukanlah kamera tetapi sebuah teropong yang boleh dijadikan logik kenapa babushka Lady tidak menyerahkan bukti bergambar kepada pihak berkuasa.


Video pembunuhan Presiden Kennedy

Comments

  1. "izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)"

    ReplyDelete

Post a Comment