Siapakah Jack The Ripper?
Dunia khususnya di kawasan Eropah dikejutkan dengan kehadiran Jack the Ripper disertai dengan pembunuhan sadis lima orang pelacur di Whitechapel, London. Kelima-lima mangsa ditemui dalam keadaan badan mereka dipotong-potong menjadi beberapa bahagian. Terdapat banyak misteri yang menyelubungi kes ini dari segi motif dan juga suspek.
Justeru kes Jack the Ripper ni memang seronok untuk dikaji. nama Jack ni sudah menghiasi banyak artikel dan dan karya-karya di seluruh dunia. Tau cerita Shanghai Knight yang jackie Chan berlakon tu? Kan ada jack the Ripper.
Jadi untuk dalam post kali ni, saya nak sediakan 10 fakta yang menarik tentang jack si pencincang ni.....
10.The Canonical Five
Semasa kes Jack The Ripper sedang naik popular, ada lebih kurang 11 kes pembunuhan yang berlaku di sekitar Whitechapel. tetapi lima kes ini yang paling terkenal kerana persamaannya dalam beberapa perkara dan kaitan mereka dengan Jack the Ripper. mereka ini di gelar sebagai The Canonical Five. Humn.. Kalau check kamus diorang ckp Canon ini ialah (kanun, prinsip-prinsip am, daftar ahli, ulamak gereja) mana kala Canonical ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan 'Canon tadi. baiklah persamaan yang dimaksudkan disini ialah kelima-lima mayat ini dipotong-potong ke beberapa bahagian dimana ada organ-organ penting yang hilang. Kelima-lima mereka ini juga merupakan pelacur di jalanan.
9. Kes pembunuhan berhenti secara tiba-tiba!
Selepas pembunuhan demi pembunuhan dalam masa yang singkat, tiba-tiba ia berhenti selepas pembunuhan mangsa terakhir, Mary kelly. Tidak tahu sama ada pembunuhnya sudah ditangkap, dibunuh, motifnya serta kewujudannya terus menghilang dari dunia ini tanpa sebarang jejak.
8. Suspek-suspek yang misteri
Pembunuhan kejam di Whitechapel telah membuatkan penduduk-penduduk diorang cemas. jadi diorang pun meminta agar pihak polis mengambil tindakan yang effektif. Terdapat banyak suspek yang direman tetapi hanya tiga sahaja yang menjadi suspek utama bagi kes misteri ini. Aron Kosinski seorang pendatang, Montague John Druit, seorang peguam dan Michale Ostrog seorang doktor Rusia. dan ketiga-tiga mereka ini orang yang gila dan bersikap buruk kepada pelacur perempuan(Di mention kerana ada juga pelacur lelaki.)
7. Dia menghilangkan identiti mangsanya.
Daripada pemerhatian terhadap lima pembunuhan yang disabitkan dengan Jack The Ripper, jelas menunjukkan dia mengalami gangguan mental. Pakar psikologi mengatakan yang Jack The Ripper berkemungkinan sangat benci kepada pelacur-pelacur ini dengan menganggap mereka tidak layak hidup atau pun tidak ada nilai di dunia ini. Oleh sebab itu dia merosakkan muka mangsanya supaya identiti mangsanya hilang buat selama-lamanya. Ada gambar tapi agak menganggu. Silakan google sendiri 😊
6. Dia mendapat gelarannya dari surat khabar
Pertama kali anda mendengar nama Jack The Ripper pasti anda fikirkan nama ini sangat Awesome dan mantap. Memang! Kerana ianya datang bukan dari empunya badan, tetapi nama gelaran dari wartawan-wartawan surat khabar yang menggelarkannya Jack The Ripper. Mereka mengatakan mendapat surat dari pembunuh. sejak dari itu, masyarakat mengguna pakai nama tersebut. Ironinya, ada yang menuduh wartawan membuat-buat cerita semata-mata untuk meningkatkan penjualan surat khabar tempatan.
5. Berkemungkinan seorang yang pakar dalam bidang perubatan!
Hal ini diakui sendiri oleh pakar-pakar yang menyiasat mayat-mayat mangsa pembunuhan Jack The Ripper. Dia tidak 'asal potong' sahaja. Mayat yang dipotong dengan kemas dan sempurna serta pengambilan organ dengan bersih menambahkan lagi kepercayaan dikalangan masyarakat tentang hal ini. Pakar mengatakan yang pasti, dia tahu apa yang dia sedang buat dan kenapa dia harus buat begitu.
4. Berkemungkinan orang normal
Ianya berlaku pada tahun 2006 sewaktu para penyiasat menggabung-gabungkan lakaran suspek jack The Ripper. Ternyata gambarnya seperti di atas. jelas sekali yang dia ini merupakan penduduk Whitechapel tempat berlakunya kejadian-kejadian ini. Jelas sekali berlainan sekali dengan wajah-wajah suspek yang direman kerana mereka semua mempunya muka-muka yang 'angker'. Penyiasat menganggarkan suspek berumur dalam linkungan 25 tahun hingga 35 tahun dan 'single'.
3.Dia hanya membunuh pada waktu pagi buta dan hujung minggu
Jack The Ripper terkenal kerana modus operandinya. Semakin banyak kesnya didedahkan semakin jelas 'tentatif' setiap kali pembunuhannya. Dia hanya membunuh pada waktu selepas jam 12 malam dan pada hari minggu sahaja. Jadi dia disyaki seorang bujang dan mempunyai pekerjaan tetap, jadi dia hanya membunuh pada hari minggu a.k.a hari cuti sahaja.
2. Jack the Ripper tidak pernah 'Kantoi'
Segala-galanya tentang jack The Ripper adalah sangat misteri. Kewujudannya hanya boleh dibuktikan dengan mayat-mayat yang dibunuh dengan kejam. organ dalaman mereka di ambil dan bola mata mereka juga hilang entah kemana. Tekak mereka juga sudah hilang meninggalkan mayat yang tidak boleh memberitahu apa apa pun!
1. Misteri yang kekal selama 120 tahun!
Membunuh 5 orang pelacur dengan sadis sekali jelas meninggalkan legasi yang akan diingati oleh seluruh dunia. Bukan sahaja diingati, tetapi akan sentiasa dicari dan dicari oleh mereka-mereka yang mahukan kebenaran dan cintakan penyiasatan. Dari tahun 1988 sehingga 1991 perempuan-perempuan khususnya pelacur-pelacur Whitechapel ketakutan namun kemudiannya hilang tanpa jejak......
Kesimpulan:
Sebagai seorang yang mencintai hal-hal msteri seperti gini, nyata kes-kes ini membuatkan saya teruja. Mana tidak, seorang lelaki yang jelas sekali modus operandinya berjaya membunuh lima orang perempuan dengan cara yang sadis tetapi profesional tanpa diketahui identitinya selama satu abad lebih. Jelas sekali elemen ini hanya bole didapati di dalam movie. Tapi ini bukan movie.......
Comments
Post a Comment