Siapa dia lagenda Dracula? Penjelasan lengkap.Dracula ialah seorang watak fiksyen dalam novel karya Bram Stoker yang menjadi karya Ghotic-Vampire yang berpengaruh pada abad ke dua puluh sekaligus mengangkat watak Dracula ini sebagai Ikon Utama bagi Vampires.
Tetapi siapa dia lagenda Dracula ini. Kenapa dia dipilih menjadi watak Vampire oleh Bram Stoker. Adakah dia penghidap Porphyiria? Bagi sesiapa yang belum mengetahui kaitan Dracula dan vampire serta penyakit Porphyria, silakan baca disini.
Lagenda Dracula ini sebenarnya di ambil dari seorang tokoh yang barat yang harus kita benci kerana namanya yang sangat buruk menyulami di dalam salah satu sejarah umat Islam. Siapakah gerangannya?
Siapa dia?Beliau ialah pemerintah Wallachia dengan nama sebenar beliau ialah Vlad Tepes(Dibaca dengan Tse-pesh). Lahir sekitar bulan Disember pada tahun 1431 M di benteng Sighisoara, Transylvania, Rom.
Ayahnya bernama Basarab( Vlad II) yang terkenal dengan gelaran Vlad Dracul sebab ayah beliau ini menyertai Dragon Orde. Dan di dalam bahasa Rom, Dracul ini bermaksud naga. Manakala Ulea pula berkmaksud anak dari, jadi Vlad tepes ini digelar dengan gelaran Draculea!
Ayah Dracula ialah seorang panglima perang yang jarang-jarang sekali ada di rumah kerana pekerjaannya. Jadi si Dracula ini hanya diasuh oleh ibunya yang bernama Cneajna, seorang bangsawan dari Moldavia. Dan Dracula mendapat kasih sayang dan pendidikan yang cukup dari ibunya itu. Tetapi itu tidak cukup untuk Dracula, pembantaian dan hukuman kejam sudah menjadi tontonan hariannya. boleh jadi raja yang berkuasa pada hari itu, besok pagi kepalanya sudah di arak oleh pemberontak. Ha! Kejam kan?
Pada usia 11 tahun, Dracula dan adiknya Radu telah dihantar oleh ayahnya sendiri kepada Turki Uthmaniyah atas perjanjian keselamatan. Dimana Draculaa dan Radu telah diislamkan, malah mereka dimasukkan dan mempelajari ilmu agama islam di Madrasah. Tidak seperti adiknya Radu yang khusyuk dan ikhlas, Dracula seringkali ponteng kelas. Dia(panggil dia je lah, tak ada sebab kita nak hormati dia ni kan?) akan pergi ke tempat hukuman untuk melihat kepala-kepala dipancung. ia seperti sudah menjadi satu tabiat, dan ketagihan.
Sehingga pada satu tahap, kalau tiada hukuman mati pada hari itu, dia akan mencari burung atau tikus untuk diseksa dan dibunuh.
Disebabkan statusnya muslim, dia mempelajari ilmu seni perang dari askar-askar Uthmaniyah dan berjaya menguasainya dengan baik malah melebihi askar-askar Uthmaniyah yang lain. Ini telah menarik perhatian Sultan Muhammad Al Fateh sendiri.Sehinggalah pada tahun 1448 M, berita kematian ayahnya dan kakaknya, Mircea akibat gerakan kudeta yang diketuai oleh Janos Hunyadi telah mengakibatkan Uthmaniyyah menghantar Draculea sendiri merebut kembali takhta Wallachia dari tangan tentera salib Hungary. pada masa itu dia ini baru berumur 17 tahun.( Pada umur budak2 zaman sekarang masih dengan cinta monyet mereka.)
Dracula berjaya merebut takhta Wallachia. Kemudian, sebahagian tentera Turki balik semula ke Turki. Pada masa inilah, si durjana ini murtad dan memulakan aksi kejamnya. Dia memerintahkan tentera turki yang masih ada di Wallachia untuk ditangkap. Mereka dipenjarakan di dalam ruang awah tanah sebelum diarak dalam keadaan berbogel menuju ke tempat hukuman. Dan dihukum dengan hukuman Sula!
Apa itu hukuman sula? Kayu runcing setebal lengan lelaki dewasa ditusuk melalui lubang dubur terus menembusi perut ke tekak sehinggan tembus melalui mulut mangsa(Ouch!) Kerana itu dia mendapat gelaran Vlad The Impaler!
Dua bulan kemudian, Janos Hunyadi berjaya merebut kembali takhta Wallachia tetapi tidak lama. Dari tahun 1456-1462 M Dracula meneruskan aksi-aksi brutalnya. Bukan sahaja umat Islam, bahkan juga Baron-Baron serta paderi yang beragama katolik.
Dihari Paskah(hari sambutan Kristian, jangan sambut!), Dracula menjemput Baron-baron, bangsawan serta keluarga mereka disebuah gereja untuk jamuan makan. Selepas makan, mereka semua ditangkap. Mereka-mereka ini yang terlibat dengan pembunuhan ayah dan kakaknya. Kemudian mereka dihukum mati dengan cara sula juga!
Ada juga yang disuruh menjadi budak untuk membangunkan benteng pertahanan di kota Poenari, tepi sungai Agres. Sejarawan Yunani, Chalcondyles memperkirakan dalam lebih kurang 300 ketua keluarga yang ditahan.
Tetapi kejahatan terhadap umat Islam jauh lebih brutal lagi! Sepanjang kekuasaannya tak kurang dari 300 ribu umat islam dibantainya. Saya sertakan sekali peristiwa-peristiwa pembantaian umat islam oleh si hanat ini!
- Pembantai tentera turki di ibu kota Wallachia,Tirgoviste. Ini kes yang masa dia baru umumkan dia murtad itu.
- Hutan mayat yang disula! Dracula membakar 400 orang pemuda Turki yang menuntut ilmu di Wallachia. Sebelum disula dan dibakar, mereka di arak bertelanjang mengelilingi kota sebelum dikumpulkan di sebuah dewan, selepas itu baru diorang dibakar.
- Pembakaran ramai-ramai petani dan fakir miskin Muslim Wallachia. Mereka di jemput makan di salah satu ruang istana, tanpa mereka sedar, ruang itu dikunci dan dibakar oleh tentera-tentera Dracula.
- Dia memerintakhan untuk menangkap pedagang2 Turki serta keluarga mereka. Dalam masa sebulan, terkumpullah 30 ribu orang yang ditangkap oleh tentera Dracula. Mereka ditelanjangkan dan diiring ke tempat penyulaan. Sebelum mereka disula seorang demi seorang. bayangkan anda yang akan menjadi mangsa, menyaksikan orang didepan anda di sula!
Pada tahun 1462 M, Sultan Muhammad Al Fatih telah memerintahkan 60 ribu orang tentera untuk menangkap Dracula. Hidup atau mati. Radu, adik kepada Draculea sendiri di arahkan untuk memeimpin bala tentera ini. Mengetahui rancangan ini, Draculea mempersiapkan gimik terkejamnya untuk menyambut tentera Islam.
Apa yang dia buat? Korek tanah buat perangkap untuk tentera islam ke? Itu terlalu ke'anak-anakan' bagi Draculea. hanat ini memerintahkan tenteranya memburu saki baki orang islam di wilayahnya. Maka terkumpullah 20 ribu orang islam yang terdiri dari tentera turki yang ditawan, petani dan rakyat lainnya. Mereka diarak dalam keadaan telanjang selama 4 hari di Tirgoviste menuju sungai Danube. Dua hari sebelum kedatangan tentera Islam, mereka di sula beramai-ramai. Mayat-mayat mereka di dipacakkan disepanjang jalan 10 km menyambut kedatangan tentera Turki!
Sudah pasti ia mengoyakkan mental-mental tentera Turki. tapi melihat kehebatan Sultan dengan berani menerjang kehadapan, membuatkan mereka bersemangat dan dan 'kendurikan' tentera-tentera Wallachia. Menyebabkan mereka terpaksa berundur hingga ke benteng Poenari.
Isteri Dracula yang dah tak sanggup hidup membunuh diri dengan terjun melalui salah satu benteng yang tinggi, manakala Dracula pula melarikan diri ke Hunggaria. Turki berjaya mengambil alih Wallachia sehingga tahun 1475, Wallachia berjaya direbut kembali oleh Dracula dengan bantuan tentera salib Transylvania dan Moldavia.
Akhirnya, Draculea tewas juga dalam pentempuran epik dengan Sultan Muhammad Al Fateh di tepi danau Snagov pada desember 1476 M. kepalanya dipenggal dan di persembahkan kepada rakyat Turki. Manakala badannya pula di kuburkan oleh biarawan.
Sultan Al Fateh
Dracula
Maka tamatlah kisah kekejaman Vlad Tepes a.k.a Vlad The Impaler a.k.a Dracula a.k.a si hanat! Darah dibalas dengan darah. Kekejamannya tidak cukup dibalas didunia ini.
Kesimpulannya,
Kita dapat lihat betapa gigihnya orang barat cuba menutup kisah mengenai Vlad ini. Kalau kisah Rambo,mereka cuba mewujudkan watak fisyen Rambo itu, tapi watak Dracula ini pula sebaliknya. Yalah, mereka dok sibuk mengecam tindakan pembunuhan beramai-ramai Hitler dan Pol pot, tetapi dari mereka sendiri ada tokoh yang super kejam. Sudah pasti ini ibarat menconteng arah ke rupa mereka.
taknak membebel banyak, saya tamatkan artikel ini di sini. Anda seorang pembca sejati jika anda berjaya membaca sejauh ini!





Comments
Post a Comment