Pedang Zulfiqar: Pedang Lagenda Umat Islam




  PEDANG LAGENDA memang sentiasa menjadi kebanggaan bagi sesesebuah bangsa atau agama yang memilikinya apatah lagi tersenarai sebagai salah satu pedang lagenda dunia. Jika Jepun yang terkenal dengan pedang katana, Masamune Honjo, atau orang barat yang boleh berbangga dengan lagenda pedang Excalibur milik Raja Arthur, maka umat islam boleh berbangga dengan Pedang Zulfikar ini!

 Nabi Muhammad mempunyai banyak pedang-pedang yang selalu digunakan oleh baginda di dalam perperangan. Jika dilihat dari sejarah, jumlah pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad ialah 9 bilah pedang. Tetapi pedang pedang tersebut tidak dapat menandingi populariti Zulfikar ini.

 Asal Usul pedang Zulfikar Ini

Asal-usul pedang ini dikatakan ada dua teori:

 Teori pertama Seorang tukang besi telah memberikan pedang ini kepada Rasulullah. Hanya itu sahaja. Tidak diketahui adakah Rasulullah memesan pedang itu, ataupun tukang besi itu memberikannya tanpa sebab.

 Teori kedua Pedang ini dirampas semasa salah satu peperangan dan digunakan oleh Rasulullah dalam kebanyakan peperangan. 

Reka Bentuknya



 Pedang ini mempunyai reka bentuk yang jelas kelihatan Arabnya. Dengan saiznya yang panjang, melengkung di bahagian mata seperti Schimitar dan melengkung di bahagian hulunya seperti golok. tetapi yang menjadi keunikan pedang ini ialah matanya yang mempunyai dua cabang. Ini memberikan beberapa kelebihan serperti memberikan kecederaan yang lebih besar dan dapat mencipta daya tusukan yang lebih dalam.

  Kisah Lagenda pedang ini.

 Terdapat beberapa kisah yang membuatkan nama ini melonjak. Tidak banyak diketahui kisah pedang ini semasa di tangan Nabi Muhammad, tetapi tercatat banyak riwayat yang mengagumkan ketika pedang ini di tangan pemilik kedua pedang Zulfiqar, Saidina Ali Bin Abi Talib.

" Tidak ada pemuda seperti Ali, dan tidak ada pedang seperti pedang Zulfiqar"

 Ali Bin Abi Thalib menerima pedang ini dari Rasulullah semasa pedangnya patah pada salah satu peperangan. Kemudian ia melagenda dengan beberapa riwayat-riwayat yang membuatkan pedang ini layak digelar pedang lagenda.

 Semasa perang Khandak Seorang pemain pedang yang handal dari Quraisy bernama Amri Bin Wud Al-Amiri telah mencabar mana-mana tentera umat Islam dalam perlawanan satu-lawan-satu sebelum peperangan bermula. 
 Kemudian  Ali keluar menyahut cabaran. tetapi Amru dengan angkuhnya menghina Ali dan menolak sahutan Ali dengan alasan Ali terlalu muda. Tetapi Ali kemudiannya berkata, dia boleh menumbangkan Amru dalam hanya beberapa saat sahaja membuatkan Amru mula berang lalu mengeluarkan pedangnya dan menyerang Ali secara tiba-tiba. tetapi Ali berjaya mengelak dan dengan pantas, Ali karamallahu wajha terus menetak leher Amru membuatkan dia terkulai dalam beberapa saat sahaja.

 Ketika perang Khaibar Ali Bin Abi Thalib ditugaskan oleh Rasulullah untuk menembus benteng Khaibar. Ali menugaskan tenteranya untuk memusat di sebuah batu karang berdekatan benteng. Sleepas persiapan dibuat Saidina ali memerintahkan tenteranya menyerbu benteng tersebut.

 Lalu terjadilah perang yang sangat sengit. Saidina Ali mempersembahkan pedangnya dan mencatat angka korban yang tinggi. tidak ada yang selamat dari libasan pedang Zulfikar tersebut.

 Namun perang yang sengit menyebabkan perisai yang dipakai oleh Ali terjath dari pegangannya. tanpa membuang masa, Ali terus mengambil sebuah pintu besi untuk dijadikan perisainya.
 Abu Rofi' seorang sahabat yang ikut perang itu menyatakan,"Aku telah menyaksikan dengan mata  kepalaku sendiri bagaimana Ali bin Abu Thalib mencabut pintu besi yang   besar itu untuk dijadikan  perisainya, Setelah perisainya terjatuh  dari tangannya." Kemudian setelah perang usai,  ada  lapan orang  laki-laki, salah seorang diantaranya adalah aku sendiri,  yang berusaha untuk mengangkut dan menempatkan kembali  pintu besi itu ke tempat semula, tetapi  mereka tidak mampu untuk melakukannya karena terlalu berat."

DIMANA KEBERADAAN PEDANG INI SEKARANG?


Setelah Saidina Ali kembali ke Rahmatullahh. Pedang ini mula berpindah dari seorang ke seorang pemilik sehinggalah sampai ke tangan sultan Abbasiyah, Mahdi seterusnya Al Hadi dan seterusnya Khalifah Harun Ar Rasyid yang kemudiannya meminjamkan kepada Yazid bin Mizyad Ash-Shaibani waktu diutus untuk membasmi pemberontak yang dipimpin oleh Al-Walid bin Tharif Ash-Syaari.

 Setelah Khalifah harun meninggal dunia,  Pedang ini jatuh di tangan Khalifah Muqtadir yang digunakan untuk memerangi Mu'nisul Muzhaffar sewaktu mengepung kota Baghdad. Setelah kota Baghdad runtuh pada masa Khalifah Al-Mustanshir, pedang ini jatuh ketangan khalifah-khalifah Fatimiyyah.

 Kemudian ia dikembalikan di Baghdad, tetapi semasa zaman Sultan Salim, terjadi banyak peperangan sehingga akhirnya pedang itu hilang sampai sekrang.

 Pada 2014 seorang lelaki Yaman telah mendakwa dia menjumpai pedang tersebut dan sebuah Al-quran tertua di sebuah gunung sebelah selatan kota Dhale. Tetapi ianya ternyata palsu.

KESIMPULANNYA,

 Pedang lagenda ini diakui kerana kehebatannya, malah ia setanding popularitinya dengan pedang-pedang lagenda lain. Kalau anda lihat, Sudah banyak yang menjual pedang-pedang dengan replika Zulfikar. 

 Tetapi tetap tidak dapat melawan pedang dengan ketokohan Saidina Ali. Saidina Ali sendiri merupakah salah seorang panglima perang Islam yang mahsyur dan merupakan salah seorang pemain pedang yang hebat di zamannya.

Comments