Kes Jack The Ripper yang masih misteri( Malay Version)

Kronologi Kes Jack The Ripper





     Pada post yang lepas, saya menyenaraikan 10 fakta yang bagi saya sangat menarik. Siapakah sebenarnya Jack The Ripper yang misteri ini. Kenapa namanya melagenda ke seluruh pelusuk alam dan namanya dimasukkan ke dalam karya-karya dari pelbagai bangsa?

        Tidak lain tidak bukan kerana kes pembunuhan sadis lima orang pelacur di Whitechapel, British. Mayat mereka dibunuh oleh Jack The Ripper yang misteri dengan sadis dan brutal, badan mereka dipotong-potong, anak tekak mereka di buang serta organ-organ dalamannya telah di ambil. Tanpa diketahui motifnya atau siapakah identiti sosok ini, dia hilang tanpa jejak buat selama-lamanya dalam hampir 120 tahun!

         Jadi dalam posting ini saya akan jelaskan lebih lanjut tentang kes Jack The Ripper yang masih misteri  ini!

Pengenalan ringkas Kes Jack The Ripper


  Sekitar abad ke 18, banyak kes-kes pembunuhan wanita di bahagian penghujung timur Britain. Membuatkan pihak polis tidak tahu secara pasti berapakah mangsa-mangsa pembunuhan di sekitar bandar itu. Apa yang pasti, ada lima kes yang terkenal kerana kaitan dan persamaan kes mereka yang menunjukkan bahawa mereka ialah karya Jack The Ripper.


Mangsa-manga Pembunuhan



  Mereka ini digelar The Five Canonical. Apa yang buat mereka dirujuk sebagai karya si Jack? Kerana hanya mereka berlima sahaja yang dipotong-potong di bahagian badan terus ke bahagian kemaluan, muka mereka dicacatkan, organ dalaman mereka diambil, bola mata mereka juga dicungkil serta anak tekak mereka dibuang! Selain kelima-lima mereka juga merupakan pelacur dan dibunuh pada waktu dan hari yang seakan-akan sama menguatkan teori Modus Operandi Jack The Ripper yang terkenal itu. 

     Kelima-lima suspek itu ialah:

  1. Mary Ann Nicholes
  2. Annie Chapman
  3. Elizabeth Stride
  4. Chaterine Eddowes
  5. Mary Jane Kelly

Mary Ann Nichols

   Beliau dijumpai pada pukul 3;40 pagi pada hari jumaat, 31 Ogos 1888 di Buck's Row(sekarang ni Durward Street). Lehernya dikelar dua, bahagian perut di potong dengan luka dalam yang bergigi. Kelaran lainnya dibahagian perut dengan pisau yang sama


Annie Chapman

   Dijumpai pula sekitar 6 pagi pada hari sabtu, 8 september 1888 dekat sebuah gerbang di halaman belakang sebuah rumah di Hanbury Street 29, Spitalfields. Sama kesnya macam Mary Ann Nichols, lehernya di kelar dua. Perutnya terbuka dan diketahui bahawa rahimnya juga telah di ambil!Dalam siasatan polis, seorang saksi mengatakan Chapman pada sekitar pukul 5:30 pagi bersama dengan seorang lelaki berambut gelap dan berpenampilan 'sopan dan beradab'.

Elizabeth Stride dan Chaterine Eddowes

   Kedua-duanya ditemui mati pada hari minggu 30 september 1888. Mayat Stride ditemukan sektar jam 1 pagi di Henriques Street, Whitechapel. Penyebab kematiannya ialah kecederaan arteri utama disebelah kirinya terputus. Disini muncul beberapa tekaan, kebarangkalian Stride melawan semasa pembunuhan dan berkemungkinan juga dia bukan mangsa Jack The Ripper kerana tidak ada unsur selaran di bahagian perutnya. Saksi-saksi kejadian memberikan kenyataan yang saling berlainan, ada yang cakap melihat Stride dengan seorang lelaki berpenampilan smart dan sopan sekitar waktu pembunuhannya, dan ada yang mengatakan Stride berjalan dengan seorang lelaki berpenampilan lusuh.

    Manakala Eddowes dijumpai tiga perempat jam selepas kematian Elizabeth Stride di Mitre Square, Bandar London. Lehernya dikelar, perutnya di robek terbuka dengan kecederaan bergigi yang dalam dan panjang seterusnya ginjal kiri dan rahimnya diambil!! Joseph Lawende seorang penduduk tempatan mengatakan dia dan kawannya berjalan di lokasi pembunuhan melihat seorang lelaki berambut perang dengan pakaian lusuh bersama seorang wanita yang dipercayai sebagai Eddowes.

 Mary Jane Kelly

  Dijumpai terbunuh di atas katilnya 13 Miller's Court, Dorset Street, Spitalfields pada jam 10:45 pagi, Jumaat 9 November 1888. Lehernya dikelar sampai tembus ke tulang belakang, organ-organ dibahagian perutnya hampir tiada dan jantungnya juga hilang!!

   Kelima-lima mangsa ini memiliki persamaan dari segi cara pembunuhan. Leher dikelar, perut dibedah dan organ-organ dalamannya telah diambil!!

Pemerhartian penulis:

 Berkemungkinan Eddowes itu bukanlah mangsa Jack the Ripper oleh kerana saksi mengatakan Eddowes bersama-sama dengan seorang lelaki berambut perang, sedangkan Chapman pulak bersama-sama dengan seorang lelaki berambut gelap meskipun ada persamaan antara kedua-dua lembaga di dalam keterangan saksi. Walaupun penulis terbaca bahawa, kawan-kawan Joseph Lawende tidak dapat memastikan kesaksian Joseph tersebut menguatkan algi sangkaan penulis. Dan di zaman itu, masyarakat berlumba-lumba mendapatkan populariti melalui kes-kes pembunuhan Jack The Ripper.


TIGA SURAT TERKENAL JACK THE RIPPER

  Pihak polis dan wartawan menerima terlalu banyak surat-surat berkenaan kes Jack The Ripper ini. Ada yang baik dengan orang bagi nasihat dan tak kurang juga yang bermotifkan lawak-lawak bodoh dan tak berfaedah.

  Tetapi ada tiga surat yang terkenal iaitu surat "Dear Boss",  poskad "Saucy Jacky" dan surat "From hell".

  Dear Boss dikirimkan kepada pihak wartawan. Pertama kalinya, orang cuma menganggap ia sebagai surat main-main, tetapi pihak polis mula memberi perhatian kepada surat ini selepas kematian Eddowes dimana salah satu telinganya dipotong sesuai dengan ancaman di dalam surat itu. Tetapi kemudiannya pihak polis menafikannya dan menganggap ianya sebagai satu kebetulan.

                                      Postcard Saucy Jacky( Siapa dapat baca boleh tulis dikomen)

  Manakala "Saucy jacky" pulak diposkan pada 1 Oktober 1988 dan diterima pada hari yang sama oleh Central News Agency. Dikatakan surat itu ada menyatakan "Pembunuhan ganda" merujuk kepada Stride dan Eddowes. Dikhabar anginkan bahawa surat ini dikirimkan pembunuh sebelum pembunuhan itu tetapi kemudiannya disahkan bahawa surat ini di pos 24 jam selepas pembunuhan.
From The Hell, Amboi tulisan!

   Terkahir sekali, surat "From The Hell" diterima oleh George Lusk, ketua Whitechapel Vigilance Commitee(pasukan keselamat penduduk yang ditubuhkan untuk meronda semasa Jack The Ripper sedang mengganas). Ia terisi didalam sebuah kotak dengan sebuah botol kecil berisi separuh salah satu buah pinggang yang di awetkan dengan Ethanol(Eww). Dalam surat itu mengatakan si penulis memotong dan menggorengnya dan memakan ginjal itu! Seterusnya surat itu diserahkan kepada pihak polis kerana George percaya ianya ginjal milik Eddowes. Pihak Hospital mengesahkan ianya buah pinggang disebelah kiri tetapi tidak diketahui adakah ianya milik lelaki atau perempuan. Tetapi, pihak polis menafikan surat ini dan menyatakan bahawa ianya cuma tak lebih dari 'lawak yang brutal'.

Nota kaki

 Kebanyakan surat-surat ini dituduh palsu terutama surat-surat yang di perolehi oleh pihak surat khabar. Kononya mereka memanipulasikan cerita semata-mata untuk meningkatkan publisiti surat khabar masing-masing. Bahkan nama Jack the Ripper juga di dituduh sebagai 'penambah perasa' dari syarikat penerbitan masyarakat.  


Untuk suspek-suspek boleh dibaca pada post saya sebelum ini di 

   Kehilangan Jack The Ripper Tanpa Jejak


  Mary Jane Kelly merupakan mangsa kekejaman terakhir Jack The Ripper walaupun terdapat lagi kes pembunuhan selepasnya tetapi tidak dapat dikaitkan sebagai kes The Ripper. Dia dikhabarkan telah mati, ditangkap atau mungkin sahaja melarikan diri ke luar negara. Hal ini kerana walaupun tiga suspek yang dinyatakn pada posting sebelum ini disyaki, tetapi tetap sahaja tidak dapat diakitkan dengan sosok misteri ini. Meskipun karakter ini hilang hampir 120 tahun, tetapi legasinya masih terus dikaji dan disiasat oleg generasi penyiasat sehingga da istilah khusus "Ripperologi" yang merujuk kepada siasatan kes The Ripper!



KESIMPULAN

  Kekejaman manusia memang sudah direkodkan hampir setua rekod manusia pertama dijumpai. Tetapi jelas kes The Ripper ini menjadi salah satu kegemaran bagi peminat-peminat cerita seram layaknya seperti di dalam novel-novel penyiasatan Sherlock Homes. kalau sahaja Sherlock Homes itu betul-betul wujud, mungkin kes ini tidak akan misteri untuk tempoh yang sangat panjang seperti ini!


  Siapapun si dia, kita cuma berharap tidak akan ada lagi tokoh sekejam ini apatah lagi ianya ADA DISEKITAR KITA!! Just nak cakap, kita harus berhati-hati, waspada keadaan sekeliling kita. Lali sejenak siapa tahu kita akan menghiasi dada Akhbar pada hari esok.

Comments